Pada 29/1/2012 Bersama encik Irwan kita meredah ladang sawit, jalan seperti trek Rally, semak samun hutan rimba, bukit bukau, bahang panas yang melampau, jarak yang sukar di diduga demi untuk mendapatkan makanan eksotik yang sangat RARE !!(landak, rusa, kambing gurun, seladang, tapir, gajah, siamang gunung, kuang raya, babi albino, ayam pegar, kucing hutan) di sebuah tempat yang asing bagi kami di sekitar hutan belantara Behrang-Gedangsa-Sungai Besar
Ini merupakan pisau moden kontemporari buatan MALAYSIA, dihasilkan dari besi tahan karat "high carbon steel", bilahnya anti selaput lemak dan dihasilkan dengan buatan tangan sepenuhnya, ia boleh dikira pisau yang setanding dengan pisau buatan negara-negara Eropah dan Timur jauh !!!
Pertandingan seni suara burung merbuk bulanan yang diadakan pada 7 oktober 2012 di padang Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka. Sebanyak 300 tiang disediakan untuk burung kategori A, B dan C serta terkukur.
Pertandingan seni suara burung merbuk yang diadakan pada 12/2/2012 di PJS 2, kampung medan, petaling jaya, selangor. Kategori dipertandingkan A, B dan C. Tiang hampir penuh.
Gambar nostalgia pada 31 Disember 2009, majlis makan-makan dan pesta muda mudi anjuran Kak Yatt dengan dihadiri insan terpilih --- Azmir, Aju, Taqin, Hikam, Imah, Marlia, Azrin dan beberapa individu yang telah hilang ditelan arus kemodenan ! Terima kasih daun keladi.