Pameran peralatan tentera & industri pertahanan yang diadakan pada April 2016 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur, Malaysia. Pelbagai syarikat dari seluruh dunia menyertai pameran ini dengan membawa produk terbaik masing-masing
Menjelajah ke salah sebuah hutan simpan di sebuah negeri di Malaysia. Hutan simpan yang masih terpelihara yang tersembunyi 1001 khazanah alam. Lokasi sebenar dirahsiakan.
Antara haiwan yang dapat ditangkap gambarnya pada kamera perangkap binatang di salah sebuah hutan sekunder di Selangor. Tujuan kamera ini dipasang adalah untuk mengkaji dan memerhati hidupan liar yang mendiami kawasan hutan berkenaan.
Beberapa jenis peralatan, perisian, protokol, keselamatan untuk rangkaian dan perhubungan digital yang digunakan, walaupun ia telah usang namun masih gagah mengharungi arus permodenan dunia e-dagang masa kini !
Sebahagian baka merpati lumba "racing homer" dimana keturunan asal mereka adalah dari baka terbaik negara Eropah. Perlumbaan merpati merupakan acara besar yang mendapat sambutan hangat di Amerika, Eropah, Taiwan, India, China. Thailand dan negara Asia lain. Manakala di Malaysia, acara ini masih terlalu baru dan peminat/pemelihara masih belum ramai, namun ia semakin berkembang dari masa ke semasa.
Jentera antik Piaggio Vespa keluaran ASLI dari Piaggio & Co. SpA, Pontedera, Itali. Merupakan model VBB keluaran tahun 1962 yang merupakan antara model terawal memasuki pasaran Malaysia, jentera yang menjadi kegilaan anak muda sejak kebangkitan muzik pop yeh-yeh sehingga ke hari ini. Di Malaysia, ia mendapat jolokan nama sebagai "JOBOT" atau "Ayam Bapak", merupakan model yang "RARE" dan bilangannya yang terhad di Malaysia pada hari ini.
Gambar pada 10 Ogos 2015 sekitar pelepasan peserta kembara jalan darat paling jauh dari Singapura - Malaysia - London dan dijangka selama 66 hari untuk sampai ke London dan melintasi beberapa negara. Gambar ini adalah pada pagi sebelum dan semasa pelepasan peserta yang menaiki jip pacuan 4 roda. Victorinox dan beberapa syarikat lain menjadi penaja ekspedisi yang dikira cukup mencabar ini. Moga semua peserta selamat dan dapat mengharungi cabaran yang bakal mendatang !!
Pertandingan seni suara burung merbuk terbesar di Malaysia yang diadakan pada 25 dan 26 April 2015 di padang Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Selangor. Sebanyak 818 tiang disediakan untuk burung kategori A, B dan C serta kelas Remaja. Mendapat penyertaan menggalakkan dari peserta serata Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia. Di rasmikan oleh Timbalan Speaker DUN Tuan Shafiee Ngah
Pengembaraan yang penuh liku dan cabaran oleh 2 orang anak muda dari Kuala Lumpur ke serata Thailand dan Laos melalui jalan darat. Ribuan kilometer diharungi dengan semangat kental !!