Majlis pelancaran buku pemuzik SYJ di Adamson Hotel, Kuala Lumpur pada 13 september 2025. Dihadiri lebih 200 peminat muzik dan buku SYJ. Buku yang digarap oleh Profesor Ahmad Takiyudin dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan dibantu oleh Boul seorang pereka grafik berkaliber (juga merupakan pereka grafik poster & kulit album beberapa pemuzik masa lalu).
SYJ merupakan kumpulan pemuzik rock Malaysia yang diasaskan oleh Syed Yusuf Jamalulail di Ipoh, Perak dan kemudiannya menukar nama kepada SOFEA pada tahun 1987. SYJ/Sofea adalah kumpulan muzik rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1983 di Ipoh, Perak. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Amir (vokal), Man Rani (bass), dan Zan (gitar). Mereka terkenal pada era 1980-an dan pernah mengeluarkan beberapa album seperti Battle Of The Bands 1 & 2 (1986), Kembali (1987), dan Anak Liar (1988).
Antara ahli kumpulan yang turut serta dalam majlis pelancaran buku ini ialah Man Rani, Amir & Zam. Ali Bakar turut meluangkan masa menghadiri majlis ini.















